Menjelang musim perayaan setiap tahun, kami menghasilkan biskut Almond London secara besar-besaran. Ini adalah bagi memenuhi permintaan pelanggan kami yang mahu menjual kuih raya sepanjang Ramadan samada di bazar2 Ramadan, di kompleks beli-belah, malah ada syarikat jualan langsung yang turut menempah bekalan dari kami. Biskut Almond London kami digemari kerana rupa yang cantik dan rasa yang sedap. Kami benar-benar mengambil berat akan kualiti biskut keluaran kami supaya pelanggan sentiasa berpuas hati.
Pekerja-pekerja Suria Bakery sedang membentuk biskut Almond London menggunakan acuan yang ditetapkan.
Pekerja Suria Bakery sedang menjalankan proses pembungkusan dengan teliti demi menjamin kualiti biskut kekal lama.
Sekiranya anda berminat untuk mencari pendapatan lebih pada bulan Ramadan akan datang, sila hubungi kami segera untuk menempah biskut Almond London. Harga borong kami sangat murah! Telefon 07-4101440/019-7327405 (Hjh Suratmi)