Monday, June 14, 2010

Almond London Cookies~Our Signature Product

Menjelang musim perayaan setiap tahun, kami menghasilkan biskut Almond London secara besar-besaran. Ini adalah bagi memenuhi permintaan pelanggan kami yang mahu menjual kuih raya sepanjang Ramadan samada di bazar2 Ramadan, di kompleks beli-belah, malah ada syarikat jualan langsung yang turut menempah bekalan dari kami. Biskut Almond London kami digemari kerana rupa yang cantik dan rasa yang sedap. Kami benar-benar mengambil berat akan kualiti biskut keluaran kami supaya pelanggan sentiasa berpuas hati.

Bahan-bahan bermutu diadun dengan teliti, bagi menghasilkan doh yang baik.

Pekerja-pekerja Suria Bakery sedang membentuk biskut Almond London menggunakan acuan yang ditetapkan.

Biskut akan di bakar di dalam oven besar ini.

Biskut yang sudah siap dibakar.

Biskut akan dicelup dalam coklat berkualiti.

Inilah rupa biskut Almond London yang telah siap.

Pekerja Suria Bakery sedang menjalankan proses pembungkusan dengan teliti demi menjamin kualiti biskut kekal lama.

Sekiranya anda berminat untuk mencari pendapatan lebih pada bulan Ramadan akan datang, sila hubungi kami segera untuk menempah biskut Almond London. Harga borong kami sangat murah! Telefon 07-4101440/019-7327405 (Hjh Suratmi)

Saturday, June 12, 2010

KEK HARIJADI @ SURIA BAKERY

Demi memenuhi permintaan pelanggan beragama Islam, kami sedia menerima tempahan kek harijadi mengikut saiz dan hiasan seperti yang dihajati oleh pelanggan sendiri. Sebagai sebuah syarikat milik orang Islam, kami memastikan bahan yang digunakan dalam pembuatan kek adalah HALAL. Kami juga berpegang kepada prinsip 2R, iaitu rupa dan rasa. Oleh itu kami sedaya-upaya cuba menghasilkan kek yang cantik dipandang dan sedap dimakan.